Thursday 16 August 2012

Juadah Iftar Ramadhan yang ke-27

Assalamualaikum. Ok sebelum tu I nak ucapkan selamat berpuasa...masih tak terlambat nak wish orang puasa. Kata puasa sebulan. Ye dok? hehe. Ok entry kali ni i cuma nak share satu recipe yang i jumpa kat web page Jum kita masak! ni..sila click untuk tengok recipe 'Ayam Panggang Masak Merah Santan' wah gittew...tapi I nak tukar nama dia lain sikit sebab I masak ikut selera anak tekak I, so jadilah nama dia Ayam Panggang Masak Merah Letop-Letop..haaaa kan...nama letop-letop sebab asal nak goreng ayam tu je mesti  minyak tu nak letop-letop naik ke muka..sabar jelah. Eah actually sekarang ni ayam masih kat atas dapur, tapi i sibuk menaip...*habis tak jadi ayam panggang tapi jadi ayam hangus. lari kedapur kejap...

Haaaa... nasib baik ayam I tak hangus..sedap-sedap je masaknya..elok sangatlah, nak buat ayam masak merah ni kena goreng ayam setakat 3/4 masak je,kalau terlalu garing jadi tak sedap pulak. Sementara my mom balik dari beli basic bahan dapur, moh ler kita update blog.

So sekarang ni, i dah siap menumis and campurkan semua bahan, tinggal menunggu ayam dibakar je..lepas tu siaplah juadah berbuka kita hari ni Ayam Panggang Masak Merah Letop-Letop! A few more minutes ja untuk ayam siap di panggang, i gunakan oven dengan temperature 180 darjah celcius, bakar dalam masa 10 minit ikut lama mana yang you all nak.tapi tadi I check nampaknya ayam I belum lagi garing..so kita add suhu kepada 220 dahjah celcius selama 10 minit lagi. Haa kesian kau ayam dok lah panas2 kat dalam oven tu..hew hew. Tapi kata encik bakal suami boyfriend, cukup kalau guna suhu 180 darjah celcius tu. So kita tukar balik suhu dia kepada yang asal cuma tambahkan lagi masa menjadi total 20 minit untuk di masak. tengok jam dah almost 6 p.m dah..halamak suri rumah berjaya sangat I ni. lalala. (perasan!)

a few hours later...

Ni paling kelakar bila orang semua dah sedap-sedap lepas buka siap solat jemaah magrib sambil tunggu time nak berterawikh, kau baru nak publish post juadah buka puasa kau aien? hahaha. nah ambiklah. Ayam Panggang Masak Merah Letop-Letop tak seberapa kau ni... tapi yang penting adik I tambah 2 kali okay..lalala. Alhamdulillah=) selamat menjamu mata and beramal ibadah..


See you later, entry buat Tart Nenas Cik Rohaien combination hasil air tangan Pn rohani and Cik Aien kita esok hari ye?.. tu dia... Wasalam.

No comments:

Post a Comment