Wednesday 29 February 2012

Recipe : Nasi Tomato & Ayam Masak Merah

Recipe ini I ambil dalam http://www.myresipi.com sebab cara masakan dia pun senang and mudah. Kenapa nasi tomato? Sebab En. Umay suka makan nasi tomato, dia ada request minta I belajar macam mana nak buat nasi tomato. So sekarangkan semuanya di hujung jari anda, terima kasih Google, terima kasih Myresipi.com. Kerana anda, nasi tomato I menjadi. Alhamdulillah. kalau nak resipi nasi tomato ni boleh click http://www.myresipi.com/top/detail/74 . So tak perlulah I type dekat sini ye. Cuma untuk resipi ayam masak merah kat bawah ni I bagi lah sebab yang ni I buat ikut sesedap rasa je. I pun bukan pandai sangat bab masak-masak ni, cuma passion je yang ada. Hehe. So, selamat mencuba =)

Bahan-bahan :
Ayam 3/4 ketul (terpulang pada jumlah hidangan)
Kunyit dan garam 

Bahan tumis :
Cili kering (yang telah diblend bersama bawang putih dan sedikit halia)
2 biji bawang putih (dihiris)
1/2 bawang merah (dihiris)
1/2 cawan sos tomato
1/2 sudu makan tomato puri (yang ini terpulang pada individu, I letak sebab nak bagi dia masam-masam 
sikit)
 Garam dan Gula secukup rasa

Bahan perhiasan :
2 biji tomato di potong dadu


Cara-caranya :
Ayam tadi dilumurkan dengan kunyit dan garam. Kemudian digoreng sehingga 3/4 masak. Ayam di angkat dan di toskan minyak.
Minyak yang digoreng ayam tadi diguna semula, cuma kurangkan lagi minyaknya. Kemudian tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau, masukkan cili yang telah di blend selama beberapa minit, setelah itu masukkan kesemua bahan tumis itu tadi. Setelah siap ditumis, masukkan ayam yang telah digoreng dan di balik-balikkan untuk beberapa minit. Boleh juga masukkan tomato bersama. I lebih suka makan tomato macam tu je. Hehe. Ok dah siap!

Dan inilah hasil nasi tomato dan ayam masak merah hasil air tangan I. Pertama kali I try buat nasi tomato, my sister cakap nasinya sedikit lembik mungkin terlebih air. So, lepas ni tak nak pandai2 lagi dah tambah air, ikut jelah dalam resipi bulat-bulat ye Aien. Selamat mencuba=)







No comments:

Post a Comment