Friday 14 December 2012

Saya SETUJU aunty!!

Assalamualaikum.

Sila baca title entry kali ini dengan penuh bersemangat dengan sekali nafas. Tarik nafas.... Ok lagi sekali, cuba baca lagi sekali tajuk entry ini dihadapan mother-in-law-to-be anda. Ingat,baca dengan nada yang kuat and penuh bersemangat okay. Lepas baca ayat keramat ni sure mak mentua korang terus dapat heart attack, bahgia sangat dapat bakal menantu penuh excited macam ni. heheh.

Cup cup, ni apa ni tiba-tiba saya setuju ni? Belum di risik dah keluar entry pasal setuju tak seutuju ni, Aiyak! Hello, obviouslylah because the owner of this blog is terlebih excited ada putera raja nak datang melamar dia  okay. But erghhhh....what? Melamar? Merisik? Pon pon merisik jek pun uols (gaya ala-aa Maria Elena)..kan kan kan? Tak payahlah nak kecoh, kalau bertunang tak pelah jugak kan......*flip hair.

Yes, I bakal dilamar oleh satu-satunya lelaki yang boleh buat I menangis, ketawa, and yang paling penting boleh buat I bahagia. In syaa Allah. Both family dah pun decide untuk adakan sesi risik merisik on 22nd Dicember 2012. Dalam islam pun ada soal merisik sebelum menentukan pilihan hidup. Tujuan merisik ni actually untuk pihak lelaki mengetahui serba sedikit mengenai perempuan yang bakal menjadi teman hidupnya. Untuk mengetahui terlebih lanjut soal merisik ni boleh click here sahaja. =) wah skemanya ayat I. Kalau dulu buat essay BM sure dapat A++. Tehee.

Preparation? hurm there's nothing much to prepare for this majlis actually, sebab yang ada hanya my family and family dia jek. But of course bila tetamu datang kenalah kita sambut and hidangkan makanan. For the E-day tu sendiri nanti, my mom dah siap-siap order menu nasi ayam from my brother. Untuk kuih muih nanti in syaa Allah my mom akan sediakan her best home made currypuff ever and adalah kot menu lain yang I sendiri pun tak sure. I pulak plan nak buat puding cocktail, yeayur!!

Untuk agenda on that day yang i tahu for now untuk tetapkan tarikh kawin kami. Ohemmgee...am I getting married or what? Eh! cant believe it...naaaa but its one of the agendalah..to set the date since we don't have any majlis tunang-tunang ni. Agak sedih jugak but nevermind, wont tell you anything about it. As long as semuanya berjalan lancar, I'm happy=D

Balik pada agenda tu nanti, after discuss about suitable date untuk dinikahkan..ouh yea btw majlis nikah kami nanti di johor sebab I memang orang johor, my groom-to-be pulak orang KL,makanya akan ada 2 receptions satu kat johor and satu lagi kat KL. Yeay again! Ada rezki dapat brsanding naik pelamin 2 kali. Im a happy kid! Hahah.

Ok ni nk cerita pasal merisik je dulu, for wedding preparation nanti next after merisik yek. But so far dah buat sikit-sikit survey but mostly semua survey yang KL punya dulu. Padahal patot carik yang kat johor punya dulu. Adeh! Tak systematic langsung bak kata advisor kami. Huuu dulik apa I=P, anything else about merisik ni I pun tak tahu nak cakap, kita tengok jelah nanti on the E-day itself, I pakai baju apa ke,apa-apa yang jadi ke, will update after that ye. For now, itu jek kot. Tinggal counting nak balik johor sesama je dengan so called husband-to-be.. gitteww...muhehehe=P Till we meet again.

Wasalam.



2 comments: