Sunday 26 May 2013

3rd Batch Home Made Biskut Batik


Bahan-bahan:

  1. Buttercup
  2. 3/4 susu tin pekat 
  3. 1 1/4 cawan milo
  4. 1 paket biskut Marie (Dipatah empat bahagian)
Cara:
  • Panaskan kuali dengan api yang kecil.
  • Cairkan buttercup seperti gambar di bawah. 
  • Masukkan susu pekat dan kacau sehingga sebati.



  • Masukkan milo dan kacau sehingga sebati, dibiarkan sehingga mendidih dan kelihatan pekat.



  •  Kemudian, masukkan pecahan biskut Marie ke dalam adunan. Gaul sehingga rata.


  •  Dalam keadaan panas, segera angkat adunan dan di masukkan ke dalam loyang. Seterusnya, segera meratakan keseluruhan adunan dengan menggunakan plastik. Kemaskan.
  • Setelah itu, tunggu biskut ini sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk dikeraskan.

  • Kek/ biskut batik seperti gambar di atas yang telah siap di potong dan boleh di hidangkan pada tetamu. Saiz dan bentuk potongan terpulang kepada anda ye. Selamat menjamu mata..tehee=D
Sekian, itu sahaja resepi ala kadar, paling cepat, paling mudah, dan paling sedap kalau-kalau korang nak jamu tetamu. Sesuai sangat untuk hi-tea and dihidangkan dengan tea/coffee bak kata opah. Selamat mencuba ye. =)

No comments:

Post a Comment